3 didapati bersalah dalam Ops Rempuh

3 didapati bersalah dalam Ops Rempuh

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Okt – Tiga orang pekerja asing didapati melanggar undang-undang perburuhan apabila bekerja tidak mengikut jawatan yang tersenarai di dalam kebenaran Lesen Mengambil dan Menggaji Pekerja Asing.

Enam orang pegawai Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Buruh dalam Operasi Rempuh 160/2015 di Pasar Ikan Kampung Jerudong, semalam mendapati dua orang pekerja asing berjawatan nelayan dan seorang lagi berjawatan amah, melakukan pekerjaan menjual ikan.

Bagi kesalahan itu, majikan akan diambil tindakan melalui pembatalan/pengurangan kuota oleh Jabatan Buruh manakala pekerja asing akan dibatalkan sokongan pas kerja dan dihantar pulang ke negara asal.

Sehubungan itu, Jabatan Buruh memberi peringatan kepada orang ramai dan majikan supaya tidak menyalah-gunakan Lesen Mengambil dan Menggaji Pekerja Asing yang diberikan.

Sebarang kesalahan boleh diambil tindakan di bawah Bab 112 (1) dan Bab 112 (3) iaitu denda tidak kurang $6,000 dan tidak lebih $10,000 atau penjara tidak kurang enam bulan dan tidak lebih daripada tiga tahun atau kedua-duanya sekali.

Sewaktu pemeriksaan dijalankan.
Sewaktu pemeriksaan dijalankan.

ARTIKEL YANG SAMA