3 ditahan cuba jual artifak

3 ditahan cuba jual artifak

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 18 Okt – Polis di Abu Dhabi berkata mereka telah menangkap tiga warga asing yang cuba untuk menjual barangan antik yang diseludup.

Menurut kenyataan yang dibawa oleh agensi berita WAM milik kerajaan hari ini berkata mereka yang ditangkap di bandar Emiriah Arab Bersatu itu memiliki pisau belati antik, duit syiling lama dan barangan lain yang mereka cuba jual pada harga yang tinggi.

Polis mengenal pasti ketiga-tiganya sebagai rakyat Arab, tanpa menyatakan sebarang spesifikasi mengenai siapa mereka, rakyat mereka atau asal barangan yang dicuri itu. Ia tidak jelas jika mereka yang ditangkap itu mengupah peguam.

Barangan antik Timur Tengah semakin berleluasa dijual dalam pasaran gelap, terutamanya barangan yang dicuri dari wilayah yang dirampas oleh kumpulan Islamic State (IS) di Iraq dan Syria. Para pakar mengatakan militan menggunakan jualan barangan antik itu untuk membiayai serangan mereka. – AP

ARTIKEL YANG SAMA