3 ditahan rancang serangan antraks

3 ditahan rancang serangan antraks

NAIROBI, 4 Mei (AFP) – Tiga warga Kenya yang disyaki ahli gabungan IS telah ditangkap atas tuduhan merancang bagi serangan antraks, menurut polis Kenya hari ini.

Tertuduh yang merupakan seorang lelaki dan dua orang wanita ditahan pada Sabtu adalah sebahagian “rangkaian kumpulan pengganas Afrika Timur, yang punya hubungan dengan ISIL,” nama lagi bagi kumpulan pengganas IS, menurut ketua polis Kenya Joseph Boinnet.

Mereka dituduh atas tuduhan “merancang serangan berskala besar” termasuk “serangan biologi di Kenya menggunakan antraks,” ujar Boinnet.

Mohammed Abdi Ali, yang didakwa ketua kumpulan itu yang juga pelajar perubatan di Wote, tenggara ibu negeri Nairobi, telah ditahan di Kenya dan direman dalam tahanan bagi jangka 30 hari sementara pihak penyiasat mengumpulkan bukti lanjut.

Dua rakan suspek, isterinya Nuseiba Mohammed Haji, seorang pelatih perubatan, dan seorang lagi wanita, Fatuma Mohammed Hanshi, telah ditahan di negara jiran Uganda.

Dua lagi suspek lain, Ahmed Hish dan Farah Dagne, juga ahli perubatan, masih diburu di Kenya, dengan pihak polis menawarkan AS$20,000 bagi setiap seorang suspek.

“Berdasarkan siasatan dalaman kami, ia telah ditubuhkan bahawa rangkaian pengganas yang dihubungkan kepada Mohammed Abdi Ali telah terlibat dalam aktiviti radikal yang aktif, merekrut pelajar-pelajar universiti dan belia-belia Kenya yang lainnya terjerumus dalam rangkaian-rangkaian pengganasan,” ujar Boinnet. “Rangkaian sama yang telah memudah cara belia-belia Kenya meninggalkan negara itu untuk menyertai kumpulan pengganas di Libya dan Syria.”

Sumber-sumber perisikan asing mengesahkan hubungan Ali dengan IS namun menyatakan dia lebih terlibat dalam merekrut warga Afrika Timur untuk berjuang di Lybia dan Syria berbanding merancang serangan di Kenya.

Para perekrut IS terbilang menyasarkan pengikut pelajar-pelajar perubatan.

Polis Kenya membandingkan plot kumpulan tertuduh itu, secara biologi dengan serangan di pusat beli-belah Westgate di Nairobi pada 2013 di mana empat orang lelaki bersenjata dari ahli gabungan Al-Qaeda Afrika Timur, Shebab, membunuh sekurang-kurangnya 67 orang.

Sementara Shebab telah aktif di Kenya sejak 2011, selepas tentera Kenya dikerahkan di selatan Somalia, terdapat bukti kecil sehingga kini keberadaan IS di negara itu.

ARTIKEL YANG SAMA