3 kelab besar Lisbon tewas

3 kelab besar Lisbon tewas

LISBON, 24 Ogos (Reuters) – Juara Benfica mengalami kekalahan mengejut 1-0 di Aruoca semalam, yang melengkapkan hujung minggu di mana tidak satu pun dari tiga kelab terbesar Lisbon berjaya mencatatkan kemenangan.

Benfica tidak pernah pulih selepas Roberto meletakkan pasukan tuan rumah di depan pada minit ketiga ketika lebih banyak keraguan berlaku berikutan kekacauan musim penutup yang menyaksikan Jorge Jesus berpaling tadah kepada pesaing Sporting.

Roberto meledakkan jaringan yang menewaskan Julio Cesar selepas pemikiran pantas Ivo Rodriguez yang berjaya menembusi pasukan pertahanan Benfica dengan menggelecek dua pemain lawan.

Kemenangan itu meletakkan Arouca, yang diketuai oleh bekas jurulatih Angola, Lito Vifigal, di kedudukan teratas senarai sebagai satu–satunya pasukan dengan enam mata dari dua perlawanan pembukaan mereka.

“Kami tidak cukup efisien, kami berpeluang untuk menjaringkan dua atau tiga gol,” kata jurulatih Benfica, Rui Vitoria.

“Kami mencatatkan lebih dari 20 percubaan tetapi, tidak kira berapa banyak kami mencuba, selalu ada kaki atau badan pemain Arouca.”

Sporting terikat seri 1-1 di tempat sendiri kepada Pacos de Ferriera pada Sabtu lalu sementara itu Porto mencatatkan jaringan yang sama di Maritimo.

Ia adalah kali pertama sejak Mei 2013 di mana tidak satu pun tiga pasukan besar Lisbon memenangi perlawanan pada hari yang sama.