3 keluaran terbaru Mercedes

3 keluaran terbaru Mercedes

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Dis – Jati Transport Sdn Bhd selaku pengedar utama kenderaan jenama Mercedes-Benz di Brunei, hari ini, telah memperkenalkan tiga model baru jenama mewah dari Jerman iaitu GLC, GLE Coupe dan GLE yang telah mula dipamerkan di bilik pamerannya di Gadong.

GLC merupakan generasi kedua SUV peringkat pertengahan daripada Mercedes-Benz dengan standard keselamatan cemerlang dan dilengkapi sistem bantuan serba canggih.

Sistem bantuan letak kereta automatik merupakan salah satu ciri yang menarik perhatian apabila wartawan Media Permata diberi peluang melihat lebih dekat keunikan model berkenaan.

Sistem yang mesra pelanggan itu mudah digunakan untuk meletakkan kereta dengan secara teratur dan selamat tambahan lagi dengan kamera 360 darjah yang dipasang di sekeliling kereta.

Jenama Mercedes model GLE Coupe dan GLE.
Jenama Mercedes model GLE Coupe dan GLE.
Bersama rakan media menguji pandu jenis pemanduan yang terdapat pada kenderaan tersebut.
Bersama rakan media menguji pandu jenis pemanduan yang terdapat pada kenderaan tersebut.

pg04_151214_f

Pemandu kereta hanya perlu menekan pedal brek dan menyaksikan stereng kereta tersebut berpusing sendiri dan mengikut arahan yang terpapar pada skrin sama ada untuk mengundurkan atau memandu ke hadapan bagi meletakkan kereta dengan betul walaupun di kawasan letak kereta yang kelihatan sukar.

Sementara itu, GLE Coupe merupakan gabungan dua kelas kenderaan yang menghasilkan gayanya yang tersendiri.

Ia menampilkan sifat-sifat sportif Coupe dan dipadankan dengan ciri-ciri SUV yang dipertingkatkan.

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai model-model baru ini, orang ramai bolehlah berkunjung ke bilik pameran Jati Transport Sdn Bhd.

ARTIKEL YANG SAMA