3 keluarga terima sumbangan BIACC

3 keluarga terima sumbangan BIACC

Oleh Faridah Haji Ibrahim

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Julai – Bersempena   bulan Ramadan Al-Mubarak ini, Syarikat  BIACC  Sdn Bhd baru-baru ini tidak ketinggalan menyampaikan sumbangan kepada tiga buah keluarga warga emas yang tinggal di Daerah Brunei dan Muara.

Sumbangan yang merupakan salah satu aktiviti kebajikan syarikat itu membantu keluarga yang kurang bernasib baik dan memberikan keceriaan kepada keluarga ini menjelang Hari Raya Aidilfitri.

Sumbangan berupa makanan asasi dan wang tunai itu disampaikan oleh Pengurus Bahagian Pelanggan dan Operasi, Haji Damit bin Haji Abdul Rahman kepada tiga orang penerima iaitu, Awang Kabul bin Lamit dari Kampung Pintu Malim, Awang Junaidi bin Haji Osman dari Kampung Madang dan Awang Mohd Dali bin Lamit dari Kampung Beribi.

Penerima sumbangan turut melahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada syarikat itu atas bantuan tersebut.

Pengurus Bahagian Pelanggan dan Operasi BIACC menghulurkan sumbangan kepada Awang Kabul.
Pengurus Bahagian Pelanggan dan Operasi BIACC menghulurkan sumbangan kepada Awang Kabul.

ARTIKEL YANG SAMA