3 komando tentera dipenjara di Kemboja

3 komando tentera dipenjara di Kemboja

PHNOM PENH, Kemboja, 27 Mei – Mahkamah Kemboja pada hari ini menyabit tiga komando tentera kerana memukul dua penggubal undang-undang pembangkang di luar parlimen pada tahun lalu, dan menjatuhi hukuman penjara setahun ke atas mereka. Peguam penggubal undang-undang menggelar hukuman sebagai terlalu ringan.

Hakim Phnom Penh Heng Sokna pada mulanya menjatuhi hukuman penjara empat tahun ke atas tiga lelaki itu tetapi menggantung hukuman kepada satu tahun. Beliau juga mengarahkan mereka supaya membawa denda berjumlah AS$21,500.

Serangan berlaku pada Oktober 2015 apabila dua penggubal undang-undang pembangkang daripada Parti Penyelamat Nasional Kemboja berdepan dengan kumpulan perusuh pro-kerajaan, yang menuntut peletakan jawatan penolong pemimpin parti Kem Sonkha.

Heng Sokna berkata serangan ke atas penggubal undang-undang oleh tiga anggota unit tentera elit menjejas reputasi negara dan meninggalkan mangsa cedera.

Defendan adalah anggota unit pengawal Perdana Menteri HunSen, mendorong pengkritik mencadangkan Parti Rakyat Kemboja merancang serangan tersebut. Serangan berlaku tatkala Hun Sen dan partinya mempertingkat tekanan ke atas pembangkang, yang telah melancarkan cabaran kuat dalam pilihan raya umum 2013. Phil Robertson, penolong pengarah Asia bagi Pemerhati Hak Asasi Manusia, berkata hukuman adalah bersamaan dengan satu penutupan.

Suth Vanny (tengah), dan Chay Sarith (kiri), suspek penyerang yang dituduh memukul dua ahli parlimen pembangkang, tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh di Phnom Penh, Cambodia, kelmarin. – AP
Suth Vanny (tengah), dan Chay Sarith (kiri), suspek penyerang yang dituduh memukul dua ahli parlimen pembangkang, tiba di Mahkamah Perbandaran Phnom Penh di Phnom Penh, Cambodia, kelmarin. – AP

Polis berpeluk tubuh ketika serangan, yang menimbulkan kecederaan serius ke atas Kung Sophea dan Nhay Chamraoen. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA