3 lagi kes kematian terbaru MERS

3 lagi kes kematian terbaru MERS

SEOUL, 16 Jun (AFP) – Korea Selatan hari ini melaporkan tiga lagi kematian akibat Sindrom Pernafasan Asia Barat (MERS) menjadikan jumlah kematian akibat wabak itu meningkat kepada 19 orang.

Kementerian Kesihatan melaporkan bahawa selain kematian, terdapat empat lagi kes baru positif MERS.

Korea Selatan kini merekodkan sejumlah 154 kes yang disahkan, dengan 17 kes pesakit telah sembuh dan dibenarkan keluar hospital.

Laporan itu turut menyatakan daripada 118 kes dirawat, 16 kes disenaraikan dalam keadaan tidak stabil manakala kebanyakan kes kematian berpunca daripada masalah kesihatan yang sedia ada.

“Lebih 70 kes telah dikesan ke Hospital Pyeongtaek St. Mary menyebabkan ia terpaksa ditutup kepada orang awam, untuk mengelak jangkitan lebih teruk. Ini menjadikan hospital tersebut antara pusat rawatan wabak MERS terbesar di Korea Selatan.

Seorang petugas kesihatan (kiri) memeriksa suhu badan kanak-kanak yang memakai topeng muka di sekolah permulaan di Pyeongtaek, 65 kilometer di selatan Seoul. Gambar dirakam pada 15 Jun 2015. – AFP
Seorang petugas kesihatan (kiri) memeriksa suhu badan kanak-kanak yang memakai topeng muka di sekolah permulaan di Pyeongtaek, 65 kilometer di selatan Seoul. Gambar dirakam pada 15 Jun 2015. – AFP

“Bagaimanapun, pihak hospital merancang untuk membuka kembali hospital ini jika tiada kes baru dicatatkan,” katanya.

Jumlah kes baru MERS menurun daripada 12 pada Jumaat hingga empat pada hari ini, mencetuskan harapan wabak MERS dapat dihapuskan.

Ketika ini, lebih 5,500 orang masih berada dalam kuarantin.

ARTIKEL YANG SAMA