3 lelaki Bangladesh peras ugut, dibicarakan

3 lelaki Bangladesh peras ugut, dibicarakan

Oleh Rafidah Jumat

BANDAR SERI BEGAWAN, 20 Ogos – Tiga lelaki Bangladesh dihadapkan ke Mahkamah Majistret, hari ini, atas pertuduhan mengurung seorang lelaki untuk tujuan memeras wang.

Mohammad Rafiqul Islam, 24, berdepan pertuduhan mengurung Yeanus Ali Ahsan Ullah di Ladang Kerajaan Luahan Jerudong antara 16 dan 18 Ogos 2015 untuk tujuan memeras wang berjumlah $4,300.

Mohammad Ali Hossen, 27, dan Mohammad Shahin Sheikh, 23 pula didakwa bersubahat dengan Mohammad Rafiqul dengan mengurung Yeanus Ali Ahsan Ullah pada 16 Ogos 2015 untuk tujuan yang sama.

Dalam sebutan hari ini, ketiga-tiga tertuduh mengaku tidak memahami pertuduhan yang dibacakan.

Majistret Dewi Norlelawati binti Haji Abdul Hamid menetapkan 22 Ogos 2015 untuk sebutan semula sementara mahkamah mendapatkan jurubahasa untuk tertuduh. Pendakwaan dibuat oleh Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Aiman bin Ahmad Zakaria.

pg06_150821_mahkamah logo

ARTIKEL YANG SAMA