3 lelaki ditahan, disyaki curi kereta

3 lelaki ditahan, disyaki curi kereta

Oleh Hajah Saemah Kepli

 

KUALA BELAIT, 14 Ogos – Tiga lelaki tempatan, berusia dalam lingkungan 20-an dan 48 tahun, yang disyaki terlibat dalam kes curi kereta, di sini, telah dihadapkan ke Mahkamah Kuala Belait, kelmarin.

Menurut laporan polis, hari ini, ketiga-tiga mereka telah ditangkap oleh Pegawai Bahagian Siasatan Jenayah (CID) Daerah Polis Belait dan Pegawai Penyiasat Jenayah Balai Polis Berakas, pada 3 Ogos lalu hasil daripada maklumat orang ramai.

Mereka berdepan tuduhan mencuri empat buah kereta di kawasan Seria dan Kuala Belait sekitar bulan Julai dan Ogos tahun ini. Majistret Mahkamah Kuala Belait telah memerintahkan ketiga-tiga tertuduh untuk dilepaskan dengan ikat jamin, bagaimanapun oleh kerana tertuduh telah gagal mencari penjamin maka dengan perintah mahkamah, dua orang daripada mereka ditahan sementara di Penjara Jerudong manakala seorang lagi ditahan dalam lokap polis.

Menurut polis, mahkamah telah menetapkan 28 Ogos ini bagi membicarakan semula kes berkenaan.

Antara barang curi yang telah ditemukan semula setelah pencurinya berjaya ditangkap.
Antara barang curi yang telah ditemukan semula setelah pencurinya berjaya ditangkap.