3 lelaki terlepas hukuman gantung

3 lelaki terlepas hukuman gantung

PUTRAJAYA, 22 Feb (Bernama) – Tiga lelaki disabitkan kesalahan menculik seorang budak lelaki Belanda pada 2012, terlepas hukuman gantung kelmarin.

Bagaimanapun, mereka akan terus menjalani hukuman penjara seumur hidup dan dikenakan enam sebatan.

Panel tiga anggota Mahkamah Rayuan diketuai Hakim Datuk Seri Zakaria Sam sebulat suara membuat keputusan menolak rayuan mereka atas sabitan dan hukuman.

Panel yang sama terdiri daripada hakim Mahkamah Rayuan Datuk Dr. Badariah Sahamid dan hakim Mahkamah Tinggi Datuk Abdul Karim Abdul Jalil turut menolak rayuan balas pendakwa terhadap hukuman.

ARTIKEL YANG SAMA