3 lelaki tidak mengaku merompak

3 lelaki tidak mengaku merompak

Oleh Rafidah Jumat

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Ogos – Tiga lelaki tempatan yang berdepan pertuduhan merompak sebuah van membawa silinder gas Julai lalu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Perantaraan, di sini.

Hakim Haji Abdullah Soefri bin Pehin Dato Haji Abidin melanjutkan ikat jamin Pengiran Zamani bin Pengiran Metasan/Daud, Awangku Saiful Nizam bin Pengiran Metasan/Daud dan Mohd Azreey bin Haji Musa, dan menetapkan Mac 2016 untuk perbicaraan.

Ketiga-tiga tertuduh didakwa merompak dengan menghadang van berkenaan dan mengarahkan pemandunya, Rajesh Seetharaman berusia 35 tahun untuk menyerahkan wang berjumlah $44 dan telefon bimbit Samsung Galaxy S2.

pg06_150706_mahkamah logo2

Kejadian berlaku di Jalan 77, Kampung Perpindahan Lambak Kanan sekitar jam 9:30 pagi pada 8 Julai 2015.

Kes dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Pengiran Suzana binti Pengiran Haji Abas.

ARTIKEL YANG SAMA