3 maut, 14 jatuh sakit makan hidangan Hari Kesyukuran

3 maut, 14 jatuh sakit makan hidangan Hari Kesyukuran

SAN FRANCISCO, 30 Nov – Pegawai kesihatan Kawasan San Francisco Bay mengingatkan orang awam semalam supaya membuang sebarang sisa makanan daripada makanan komuniti Hari Kesyukuran yang disyaki telah membunuh tiga orang dan menyebabkan sekurang-kurangnya 14 orang jatuh sakit.

Pegawai masih cuba menentukan punca penyakit, namun mereka nampaknya telah mencari sumber kepada makanan yang ditaja oleh gereja yang diadakan di dewan American Legion di Antioch, California.

Makanan komuniti percuma itu adalah satu acara tahunan yang berubah menjadi tragik pada tahun ini. Makanan pada Khamis yang dianjur oleh Gereja Komuniti Golden Hills menghidangkan 835 orang, termasuk penghuni pusat bantuan, penduduk tanpa rumah dan sesiapa yang mahu makanan percutian, kata pegawai kesihatan.

Kesemua mereka yang jatuh sakit memakan makanan daripada acara tersebut dan kebanyakannya jatuh sakit dalam masa 24 jam, kata Dr Louise McNitt, penolong pegawai kesihatan untuk Daerah Contra Costa.

Ketiga-tiga orang yang meninggal dunia dimasukkan ke hospital pada Jumaat dan Sabtu. – AP

ARTIKEL YANG SAMA