3 maut, 32 cedera dalam letupan bom

3 maut, 32 cedera dalam letupan bom

QUETTA, Pakistan, 24 Jun (AFP) – Letupan bom telah membunuh kira-kira tiga orang dan mencederakan 32 yang lain di bandar Quetta barat daya Pakistan hari ini, kata polis.

Alat letupan improvisasi itu telah dipasang pada basikal yang diletakkan di sebuah kawasan beli-belah di jalan lapangan terbang bandar tersebut.

“Alat itu memiliki berat enam kilogram meletup dengan letupan besar yang membunuh sekitar tiga orang dan mencederakan 32 yang lain, termasuk dua wanita dan empat kanak-kanak,” kata pegawai polis kanan tempatan, Chaudhry Manzoor memberitahu AFP.

Ujarnya lagi, serangan itu kelihatannya tidak menyasarkan sebarang sasaran, menambah: “Tujuannya adalah untuk mencetuskan kepanikan dan keganasan.”

Pegawai polis kanan lain turut mengesahkan insiden dan korban jiwa itu.

Belum ada yang mengaku bertanggungjawab atas serangan itu namun wilayah Balochistan, yang mana Quetta adalah bandarnya, merupakan rumah kepada pemberontakan pemisah yang sudah melancarkan serangan sejak 2004.

Wilayah yang secara kasarnya memiliki tujuh juta orang itu sudah lama mengadu mereka tidak mendapat sebarang perkongsian adil dalam sumber kekayaan mineral dan gasnya.

ARTIKEL YANG SAMA