3 maut 4 cedera di Pakistan

3 maut 4 cedera di Pakistan

QUETTA, Pakistan, 25 Mei (AFP) – Tiga orang terbunuh dan empat yang lain cedera apabila pemisah Baluch mensasarkan satu konvoi yang membawa anak lelaki presiden Pakistan di barat daya wilayah Baluchistan pada lewat semalam, menurut polis.

“Sebuah motosikal penuh dengan bahan letupan yang diletak di tepi jalan meletup dengan satu alat kawalan jauh apabila konvoi anak lelaki Presiden Mamnoon Hussain, Salman Mamnoon sedang melaluinya pada lewat malam selamat di Zon Perindustrian Hub berhampiran sempadan dengan Karachi,” beritahu pegawai polis tempatan Ghulam Mustafa Shah kepada AFP hari ini.

Beliau berkata anak lelaki presiden terselamat kerana kenderaannya telah melepasi tempat di mana alat meletup dan terkena sebuah beca dan kenderaan terakhir konvoi.

“Penarik beca, seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dalam beca dan seorang orang yang lalu mati di tempat kejadian sementara empat kakitangan polis skuad keselamatan mengalami kecederaan ringan,” kata beliau.

Zahid Ullah, pegawai kanan polis mengesahkan kejadian itu dan berkata anak lelaki presiden memiliki sebuah ladang tenusu di kawasan tersebut dan merupakan seorang pengunjung tetap.

“Anak lelaki presiden merupakan sasaran serangan,” kata beliau.

Meerak Baluch, jurucakap Tentera Pembebasan Baluch (BLA) mengaku bertanggungjawab atas serangan dalam satu panggilan telefon kepada AFP.

“Kami mendakwa bertanggungjawab atas serangan, ia merupakan satu respon terhadap operasi tentera yang dilancarkan di pelbagai kawasan di Baluchistan,” kata beliau.

Baluchistan adalah wilayah terbesar daripada empat wilayah Pakistan, tetapi tujuh juta penduduknya telahpun lama mengadu mereka tidak menerima bahagian kekayaan gas dan galian secara adil. Pemberontak memulakan pemberontakan kelima mereka ke atas negara pada tahun 2004, dengan beratus-ratus tentera dan militan terbunuh dalam pertempuran sejak itu.

ARTIKEL YANG SAMA