3 maut, 4 hilang tanah runtuh di Vietnam

3 maut, 4 hilang tanah runtuh di Vietnam

HANOI, 15 Sept – Tanah runtuh akibat hujan lebat telah meragut tiga nyawa dan empat lagi hilang di tengah Vietnam, kata pihak berkuasa tempatan.

Menurut mangsa, sekumpulan 10 orang pergi untuk mengambil pucuk buluh di kawasan hutan bersebelahan dengan pusat wilayah Thanh Hoa dan Nghe An. Kejadian tanah runtuh itu berlaku ketika mereka sedang tidur di dalam khemah.

Tiga daripada mereka berjaya melarikan diri, manakala tujuh yang lainnya terperangkap.

Sumber dari Jawatankuasa Rakyat di daerah Nhu Xuan, wilayah Thanh Hoa, kira-kira 140 km selatan ibu Hanoi berkata sehingga 21:30 waktu tempatan kelmarin (14:30 GMT), tiga mayat telah ditemui. – Xinhua

ARTIKEL YANG SAMA