3 maut, 7 hilang dalam tanah runtuh, banjir di Vietnam

3 maut, 7 hilang dalam tanah runtuh, banjir di Vietnam

HANOI, Vietnam, 5 Ogos – Banjir dan tanah runtuh yang dicetuskan oleh Taufan Nida telah membunuh tiga kanak-kanak dan mengakibatkan tujuh orang hilang di utara Vietnam, kata pegawai bencana hari ini.

Nguyen Anh Tuan berkata tanah runtuh telah menguburkan sebuah rumah, membunuh tiga kanak-kanak di dalamnya, awal pagi hari ini ketika pihak berkuasa masih lagi mencari tujuh yang hilang akibat tanah runtuh dan banjir di wilayah pergunungan Lao Cai.

Menurutnya pengangkutan yang menghubungkan ke bandar peranginan Sapa, popular dengan pelancong asing dan tempatan, telah diputuskan oleh tanah runtuh.

Banjir dan tanah runtuh telah dicetuskan oleh hujan lebat akibat Taufan Nida, yang juga memaksa pemindahan ribuan orang di negara jiran China. – AP

ARTIKEL YANG SAMA