3 maut dalam nahas kereta api, bas pelancong

3 maut dalam nahas kereta api, bas pelancong

BANGKOK, 3 April (AFP) – Tiga warga Thailand terkorban hari ini apabila sebuah kereta api melanggar bas dua tingkat yang membawa penumpang ketika ia menyeberangi landasan, kata polis.

Bas itu membawa sekumpulan pekerja dari sebuah kilang berhampiran di wilayah Nakhon Pathom barat Bangkok ke selatan pulau Koh Samui bagi lawatan bercuti, menurut pegawai polis tempatan, Thanachot Shinwongsa.

“Tiga dilaporkan telah meninggal dunia, kesemuanya warga Thailand. Jumlah mereka yang cedera belum lagi disahkan,” ujarnya kepada AFP.

“Tempat kejadian berkenaan sudah dipulihkan seperti sedia kala dan kereta api beroperasi semula.”

Rakaman video kemalangan yang berlaku di daerah Nakhon Chaisri menunjukkan bas itu dengan perlahan menyeberangi landasan apabila kereta api melanggarnya dalam kelajuan penuh, menterbalikkan kenderaan tersebut.

Kelihatannya tidak ada lampu atau alat amaran lain pada persimpangan itu, satu kegagalan biasa di persimpangan jalan-landasan kereta api yang tidak tentu arah di Thailand.

Kereta lain dilihat dipandu melintasi landasan tersebut di samping bas tersebut hanya beberapa saat sebelum pelanggaran berlaku.

Thailand memiliki jalan raya paling berbahaya kedua di dunia dari segi kematian per kapita.

ARTIKEL YANG SAMA