3 maut dalam nahas pesawat kecil

3 maut dalam nahas pesawat kecil

BUENOS AIRES, 9 Mac – Dua buah pesawat udara berenjin tunggal berlanggar berhampiran lapangan terbang di Argentina, membunuh tiga orang, menurut pegawai hari ini.

Seorang lagi cedera dalam kemalangan lewat kelmarin di luar General Rodriguez, sebuah bandar 50km barat Buenos Aires, kata penguat kuasa penerbangan kebangsaan JIAAC dalam Twitter.

Pesawat udara yang terlibat itu adalah sebuah Cessna 152 yang dioperasi oleh sekolah penerbangan dan sebuah model prototaip latihan buatan Argentina, Petrel, lapor Telam.com dalam online.

Punca kemalangan masih lagi disiasat.

ARTIKEL YANG SAMA