3 maut dalam serangan senjata

3 maut dalam serangan senjata

RIYADH, 25 Sept (AFP) – Lelaki bersenjata yang melepaskan tembakan ke arah dua pos kawalan polis Saudi di barat laut kerajaan Teluk itu telah membunuh dua orang awam dan seorang anggota polis, menurut agensi berita rasmi SPA hari ini.

Menurutnya dua penyerang bertopeng menembak mati dua warga Saudi di Al-Shami, rantai Hail, pada Khamis dan seorang lelaki bersenjata membunuh seorang anggota polis di balai polis trafik dalam serangan kedua di bandar itu setengah jam kemudian.

Agensi berita tidak menjelaskan motif serangan namun mengatakan siasatan telah dijalankan.

Pasukan keselamatan mengambil langkah berwaspada ekoran serangan memuncak daripada kumpulan Islamic State (IS) yang mengawal sebahagian besar di Syria dan Iraq.

ARTIKEL YANG SAMA