3 maut dibedil Yaman

3 maut dibedil Yaman

RIYADH, 30 Nov (AFP) – Bedilan dari Yaman membunuh seorang pengawal sempadan dan dua penduduk di wilayah sempadan Arab Saudi semalam, menurut pihak berkuasa, Menurut Kementerian Dalam Negeri, pengawal sempadan itu terbunuh akibat bedilan dari wilayah Yaman pagi semalam di Dahran al-Janub.

Di wilayah Jazan pula, dua warga Yaman terbunuh akibat bedilan pada hari sama.

Kelmarin, seorang lagi warga Yaman, antara ratusan ribu yang tinggal di Arab Saudi, maut apabila penyerang melepaskan tembakan dari wilayah Yaman di zon sempadan Najran, Arab Saudi.

Hampir 80 orang terbunuh akibat bedilan dan pertempuran di sempadan sejak Arab Saudi dan sekutunya melancarkan serangan terhadap pemberontak Syiah Huthi di Yaman pada Mac lalu.

Kebanyakan yang terbunuh itu adalah anggota tentera.

Di Negeri Yaman, Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu telah menyatakan lebih 5,700 orang terbunuh sejak Mac lalu dengan hampir separuh adalah orang awam.