3 maut dihempap bumbung runtuh

3 maut dihempap bumbung runtuh

OAXACA, Mexico, 4 Mac (AFP) – Bumbung sebuah gereja yang dalam pembinaan di Mexico telah runtuh, membunuh kira-kira tiga pekerja dan mengakibatkan enam hilang dalam longgokan konkrit, runtuhan kayu dan besi, menurut pihak berkuasa.

Enam lagi pekerja mengalami kecederaan dalam kemalangan yang berlaku kelmarin di Tuxtepec, sebuah bandar kira-kira 140,000 di selatan negeri Oaxaca.

Kira-kira 30 pekerja yang sedang bekerja apabila bumbung itu runtuh, menurut polis di bandar itu.

Tentera telah dikerahkan untuk mencari enam pekerja yang hilang dalam runtuhan tersebut, kata datuk bandar Tuxtepec, Antonio Sacre.