3 maut nahas pesawat

3 maut nahas pesawat

SEOUL, Korea Selatan, 17 Jun (AP) – Sebuah pesawat ringan awam terhempas di selatan Korea Selatan, membunuh kesemua tiga orang di dalamnya.

Kementerian Keselamatan Awam dan Sekuriti berkata pesawat itu menjunam ke sebuah ladang pertanian di Muan, kira-kira 390km dari selatan Seoul, hari ini.

Pegawai Kementerian Ji Man Seok berkata tidak ada laporan korban jiwa di lapangan.

Punca nahas dan butiran peribadi tentang mangsa yang terkorban belum lagi diketahui.

Pihak berkuasa bomba tempatan berkata mereka mensyaki pesawat itu menjalani latihan penerbangan pada waktu itu.