3 maut pesawat rempuh kereta

3 maut pesawat rempuh kereta

HOUSTON, 10 Jun – Tiga terbunuh apabila sebuah pesawat kecil terhempas ke sebuah tempat letak kereta berdekatan Lapangan Terbang Houston.

Jurucakap Bomba Houston, Jay Evans, berkata nahas berlaku jam 1 tengah hari apabila merempuh sebuah kereta yang diletakkan berhampiran kedai perkakasan logam berdekatan Lapangan Terbang Hobby.

Kapten Bomba, Ruy Lozano pula, berkata pegawai keselamatan percaya tiga maut dalam nahas itu namun tiada mangsa di dalam kereta yang dilanggar pesawat. Sementara itu, pegawai Biro Pengangkutan Nasional (NTSB), Tom Latson berkata pihaknya masih menyiasat mengenai punca kejadian.

Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah pesawat yang merempuh kereta dekat tempat letak kereta di Houston kelmarin. – AP
Pihak berkuasa sedang menyiasat sebuah pesawat yang merempuh kereta dekat tempat letak kereta di Houston kelmarin. – AP

Pegawai NTSB berkata, pesawat berlepas dari Norman, Oklahoma, dan cuba mendarat di Lapangan Terbang Hobby apabila pusat kawalan trafik memberitahu juruterbang bahawa kedudukannya terlalu tinggi dan diarah membuat pusingan.

“Semasa pendaratan kali kedua, pusat kawalan trafik masih mendapati pesawat terlalu tinggi dan diarah semula membuat pusingan namun pesawat berpatah ke kiri dan menjunam ke tempat letak kereta,” katanya. – AP

ARTIKEL YANG SAMA