3 maut semasa solat Aidilfitri

3 maut semasa solat Aidilfitri

NEW DELHI, 7 Julai – Pelampau Islam di Bangladesh melontar bom buatan sendiri dan terbabit dalam pertempuran dengan polis mengawal solat Hari Raya Aidilfitri pada akhir bulan suci Islam pada pagi ini. Seorang pegawai dan seorang militan tersangka terbunuh, sementara beberapa yang lain mengalami kecederaan, kata pegawai.

Sekurang-kurangnya salah satu bom meletup ketika sembahyang yang dihadiri oleh beratus ribu orang di kawasan Sholakia daerah Kishoreganj, kira-kira 90 kilometer dari utara ibu negara Dhaka. Kawasan itu mengadakan perhimpunan terbuka terbesar untuk cuti Hari Raya Aidilfitri, menandakan berakhirnya bulan puasa Ramadan.

Selepas letupan, polis menembak penyerang dan membunuh salah seorang di antara mereka, kata Penolong Penguasa Tofazzal Hossain. Menteri maklumat negara berkata sasaran serangan adalah konvoi polis yang sedang meronda perhimpunan agama itu.

Sehingga sembilan konstabel polis cedera dalam serangan, beritahu Menteri Hasanul Haq Inu kepada penyiar India CNN-News 18.

Umat Islam Bangladesh menunggu dalam barisan untuk pemeriksaan keselamatan sebelum solat Aidil-fitri di Dhaka kelmarin. - AFP
Umat Islam Bangladesh menunggu dalam barisan untuk pemeriksaan keselamatan sebelum solat Aidil-fitri di Dhaka kelmarin. – AFP

Polis menutup kawasan itu dan mencari tersangka yang menyembunyikan di rumah-rumah berhampiran, kata penduduk Shafiqul Islam, yang merupakan antara jemaah yang menunaikan solat Aidilfitri.

Keganasan berlaku beberapa hari selepas krisis tebusan di mana 28 orang tebrunuh, termasuk 20 tebusan, dua polis dan enam penyerang. Kebanyakan tebusan yang terbunuh ketika serangan pada malam Jumaat ke atas sebuah restoran Dhaka adalah warga asing – Itali, Jepun dan India – menimbulkan kebimbangan antarabangsa mengenai keganasan pelampau yang semakin meningkat di Bangladesh. – AP

ARTIKEL YANG SAMA