3 maut, trak terhempas ke kereta api

3 maut, trak terhempas ke kereta api

BANGKOK, 8 Jan (AFP) – Kira-kira tiga orang terbunuh manakala sekitar 30 cedera selepas sebuah trak melanggar ke tepi kereta api penumpang Thailand di luar Bangkok, menurut pihak berkuasa hari ini.

Trak berkenaan, yang membawa ternakan, melanggar pengadang dan kereta api di wilayah Phetchaburi, selatan bandar itu pagi hari ini.

“Lima gerabak tergelincir….sejauh ini saya menerima laporan bahawa tiga orang terbunuh dan antara 20 hingga 30 penumpang telah dimasukkan ke hospital,” timbalan gabenor bagi Landasan Kereta api Kerajaan Thailand, Thanongsak Kongprasert memberitahu AFP.

Pemandu trak di antara yang terkorban serta dua penumpang kereta api termasuk seorang sami Buddha, katanya, menambah semua perkhidmatan kereta api ke selatan Thailand telah ditangguhkan akibat trek yang rosak teruk.

ARTIKEL YANG SAMA