3 menang percutian ke Disneyland

3 menang percutian ke Disneyland

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 16 Ogos – Tuah memihak Awang Baharian bin Haji Saban, Awang Mohammad Shahrol Risham bin Adam dan Dayang Ardina binti Haji Ahmad apabila masing-masing berjaya memilih sampul surat yang mengandungi hadiah utama Promosi ‘Holiday Paradise in Disneyland’ berupa tiket penerbangan termasuk tempat penginapan ke Disneyland Florida, Orlando, Amerika Syarikat.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian hadiah di majlis yang berlangsung di Bilik Pameran Boustead Sdn Bhd, Beribi, petang tadi, ialah Pengarah Urusan Boustead Sdn Bhd, Dato Paduka Lim Beng Thai.

Majlis itu turut menyaksikan 27 lagi pemenang lain membawa pulang hadiah-hadiah menarik daripada Syarikat Boustead Sdn Bhd.

Dato Lim Beng Thai semasa menyampaikan ucapan alu-aluannya mengucapkan Selamat Hari Raya kepada Muslimin dan Muslimat di negara ini di samping memberikan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih ke atas sokongan dan dorongan yang telah diberikan oleh para pelanggan mereka.

Dato Lim Beng Thai (tengah) bergambar ramai bersama para pemenang utama dan pemenang terpilih yang lain.
Dato Lim Beng Thai (tengah) bergambar ramai bersama para pemenang utama dan pemenang terpilih yang lain.
Antara para pelanggan yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Syarikat Boustead.
Antara para pelanggan yang hadir di Majlis Rumah Terbuka Syarikat Boustead.
Para pelanggan disajikan dengan pelbagai hidangan menyelerakan.
Para pelanggan disajikan dengan pelbagai hidangan menyelerakan.

Majlis itu diselajurkan dengan Rumah Terbuka Boustead Sdn Bhd sempena Hari Raya Aidilfitri bagi pelanggan-pelanggan mereka yang mempunyai kereta berjenama Nissan dan Suzuki, yang bermula 11 pagi sehingga 4 petang.

Para pelanggan yang datang disajikan dengan pelbagai hidangan yang menyelerakan seperti makanan ala Arab, makanan Melayu tempatan dan kuih-muih.

Rumah terbuka itu juga memberi peluang para pelanggan untuk menguji pandu mana-mana kereta berjenama Nissan dan Suzuki.

ARTIKEL YANG SAMA