3 minuman baru diperkenalkan

3 minuman baru diperkenalkan

Oleh Siti Nur Wasimah S.

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Julai – Barisan restoran-restoran terkenal di Frescho yang terdiri daripada Waroeng Penyet, Shinobu Shabu Shabu, All Seasons, Pastamania dan Sushi Tei kini menampilkan tiga minuman terbaru yang unik, dikenali sebagai ‘Over-The-Top-Shakes’ iaitu Oreo Bliss Shake, Loco for Choco Shake dan Ice Gems Shake.

Minuman Oreo Bliss Shake turut mengandungi biskut Oreo, sirap coklat, ais krim, susu dan banyak lagi, manakala Loco for Choco Shake pula dihidangkan dengan campuran ais krim, kek coklat dan biskut wafer.

Ice Gems Shake pula mengandungi sirap strawberi, biskut berwarna-warni iced gems dan banyak lagi.

‘Over-The-Top-Shakes’ iaitu Oreo Bliss Shake, Loco for Choco Shake dan Ice Gems Shake yang kini boleh didapati di pasaran sekarang.
‘Over-The-Top-Shakes’ iaitu Oreo Bliss Shake, Loco for Choco Shake dan Ice Gems Shake yang kini boleh didapati di pasaran sekarang.

Menu minuman terbaru ini boleh didapati di kesemua restoran tersebut di ketiga-tiga cawangan Freshco iaitu di kompleks membeli-belah Times Square, KBSentral dan Frescho di Batu Satu.

Selain itu, minuman ini juga boleh didapati di Sushi Tei Gadong, All Seasons di Hotel Parkview dan juga Pastamania di Tanjung Bunut yang mana kesemua restoran tersebut beroperasi bermula pada jam 10 pagi sehingga 10 malam.

ARTIKEL YANG SAMA