3 model Audi dipilih jenama terbaik

3 model Audi dipilih jenama terbaik

BANDAR SERI BEGAWAN, 1 Feb – Audi baru-baru ini telah dipilih untuk memenangi tiga kategori dalam pungutan suara ‘Kereta Terbaik 2016’ yang dipilih oleh para pembaca majalah Auto Motor und Sport dengan majlis penganugerahan diadakan di Stuttgart.

Dalam pungutan suara tersebut Audi A1 telah dianugerahkan kereta kecil terbaik, Audi A4 memenangi kategori ‘midsize’ dan Audi Q7 pula dipilih model paling menarik dalam kalangan kereta ‘SUV Besar’.

Menurut kenyataan di sini, Pengerusi Lembaga Pengurusan Audi AG, Rupert Stadler dipetik sebagai berkata, “kami gembira dengan tiga kemenangan ini dalam pungutan suara ‘Kereta Terbaik’. Anugerah yang didambakan ini mencerminkan portfolio produk terkuat kami dan memberikan pasukan kami lebih banyak galakan bagi 2016.”

Sementara itu, Ahli Lembaga Pembangunan Teknikal, Dr. Stefan Knirsch menambah dipetik sebagai berkata, “dengan Audi A4 dan Audi Q7 baru ini, kami telah membawa bantuan pelbagai sistem seni kepada pengeluaran. Kami akan membina atas inisiatif model kami tahun ini dengan penyelesaian teknikal yang inovatif.”

Pengarah Jualan Dr. Dietmar Voggenreiter menerima anugerah itu buat A1 berkata, “Audi A1 membuktikan terdapat skop benar bagi automobil premium dengan format kereta kawasan bandar yang berjaya. Dengan bentuk yang sportif dan kualiti Audi, ia merupakan duta jenama yang penting bagi Audi.”

Audi Q7 diundi sebagai kereta SUV besar paling menarik dalam undian itu.
Audi Q7 diundi sebagai kereta SUV besar paling menarik dalam undian itu.

Pungutan suara ‘Kereta Terbaik’ yang dianjurkan oleh Auto Motor und Sport ini juga bagi meraikan ulang tahun ke-40 mereka tahun ini.

Terdapat 364 model dalam 11 kategori untuk dipilih dari pungutan suara 2016 ini dan sejumlah 115,239 pembaca telah terlibat dalam pungutan suara tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA