3 orang awam maut akibat peluru berpandu dari Yaman

3 orang awam maut akibat peluru berpandu dari Yaman

RIYADH, 20 Dis (AFP) – Satu peluru berpandu dilepaskan dari Yaman yang dilanda perang telah menghentam bandar sempadan Saudi, membunuh tiga orang awam, menurut kerajaan itu, dalam pencabulan lain gencatan senjata yang dihasratkan untuk membantu rundingan damai.

Serangan kelmarin ke atas Najran itu mengakibatkan seorang warga Saudi dan dua pekerja India meninggal dunia, menurut seorang jurucakap pertahanan awam yang dipetik oleh agensi berita rasmi SPA.

Konsul besar India di Jeddah, B.S. Mubarak, mengesahkan bahawa dua warga India dari negeri selatan Tamil Nadu terbunuh dalam serangan berhampiran sebuah muzium di pinggir Najran.

Warga India lain terbunuh dalam pengeboman di sempadan rantau itu kira-kira enam bulan lalu, katanya.

Insiden terbaru itu muncul selepas gabungan tentera diketuai Saudi memerangi pemberontak disokong Iran di Yaman mengumumkan yang dua peluru berpandu balistik telah ditembakkan pada Jumaat di kerajaan itu daripada negara jirannya.

ARTIKEL YANG SAMA