3 pegawai polis terbunuh

3 pegawai polis terbunuh

JAKARTA, 28 Dis – Lelaki-lelaki bersenjata menembak mati tiga pegawai polis Indonesia dan telah mencuri senjata dan peluru ketika serangan ke atas pos kawalan polis di Papua, menurut seorang pegawai hari ini, serangan paling serius ke atas pasukan keselamatan di wilayah yang dicengkam pemberontakan sejak 2013.

Seorang lagi anggota polis tercedera dalam serangan lewat semalam itu di pos kawalan di Sinak di daerah pergunungan Puncak, jurucakap polis Papua Patridge Renwarin memberitahu AFP.

“Kumpulan jenayah bersenjata telah menembak mati tiga pegawai polis yang sedang duduk di dalam pos kawalan,” katanya.

Beberapa raifal dan peluru dicuri dalam serangan itu dan dipercayai warga Papua yang bekerja di stesen polis mungkin telah membenarkan penyerang-penyerang itu memasuki bangunan, kata Renwarin.

Menurutnya polis dan tentera sedang diburu penyerang-penyerang itu, meskipun tidak jelas berapa ramai yang terlibat.

Pihak polis enggan menyatakan jika kumpulan tertentu disyaki melancarkan serangan itu, meskipun kecurigaan mungkin pada Pergerakan Pembebasan Papua (OPM), yang menerajui pergerakan pemisah rantau timur terpencil.

OPM kerap mensasarkan pasukan keselamatan di wilayah yang ditenterakan, tetapi jarang sekali begitu ramai kakitangan dibunuh dalam satu serangan.

Kejadian terbaru ini menyusuli pembebasan dari penjara ketua kumpulan pemisah terkenal pada bulan lalu iaitu Filep Karma, yang berjanji akan terus berjuang bagi kemerdekaan Papua.

Pemberontakan tahap rendah telah menjadi-jadi selama beberapa dekad di Papua, dengan OPM menentang pemerintahan dari Jakarta bagi pihak penduduk yang kebanyakannya Melanesia, yang keetnikan berbeza dari kebanyakan etnik Indonesia.

Jakarta telah lama mengawal ketat Papua yang kaya dengan sumber galian dengan ketenteraan dan kehadiran polis. – AFP

ARTIKEL YANG SAMA