3 pegawai sertai kursus bola sepak

3 pegawai sertai kursus bola sepak

Oleh Hasrulraizan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Tiga orang pegawai dari Persatuan Pengadil Bolasepak dan Futsal Negara Brunei Darussalam kini berada di Kuala Lumpur, Malaysia bagi menyertai Futuro III Refereeing Course (Kursus Pengadilan) 2015 Malaysia.

Mereka ialah Pengiran Haji Aliudin bin Pengiran Haji Tajudin, Awang Zulkiflie bin Haji Duraman dan Haji Dasnan bin Haji Abdul Rahman, yang akan mengikuti kursus berkenaan dari 2 hingga 8 Jun 2015.

Pengiran Haji Aliudin merupakan Penilai Pengadil (Refefee Assessor – RA) Bolasepak, manakala Haji Dasnan adalah Penilai Pengadil Futsal. Awang Zulkiflie pula merupakan Fitness Instructor untuk pengadil.

Hadir ke Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei untuk mengucapkan selamat berlepas kepada mereka bertiga kelmarin ialah Ketua Jabatan Pengadil NFABD, Awang Tamat bin Haji Budin.

Dari kanan.. Haji Dasnan, Pg Haji Aliudin, Awang Tamat dan Awang Zulkiflie ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.
Dari kanan.. Haji Dasnan, Pg Haji Aliudin, Awang Tamat dan Awang Zulkiflie ketika di Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei.

Penghantaran mereka itu bertujuan bagi memberikan peluang secara berterusan kepada pegawai pengadilan bolasepak dan futsal di negara ini untuk terus mempertingkatkan diri mereka masing-masing sesuai dengan perkembangan sukan bolasepak dan futsal di negara ini sekaligus membantu dalam mempertingkatkan lagi mutu pengadilan para pengadil bolasepak dan futsal di negara ini khususnya di peringkat liga kebangsaan.

ARTIKEL YANG SAMA