3 pegawai TUDB terima lencana juruterbang

3 pegawai TUDB terima lencana juruterbang

Oleh Syahmi Hassan

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 25 Nov – Tiga orang pegawai Tentera Udara Diraja Brunei (TUDB) yang baru menamatkan latihan penerbangan telah menerima lencana juruterbang mereka pada satu majlis yang diadakan pagi tadi di Markas TUDB, Rimba. Hadir selaku tetamu kehormat bagi menyampaikan lencana juruterbang berkenaan ialah Pemerintah TUDB, Brigedier Jeneral (U) Dato Seri Pahlawan Shahril Anwar bin Haji Ma’awiah.

Penerima-penerima lencana juruterbang tersebut ialah Lt (U) Amir Dawod bin Shahrul Zaman dan Lt (U) Norasiah binti Hussin, yang mana kedua-duanya telah menamatkan latihan penerbangan Fixed Wing dan Rotary Wing di Cawangan Latihan No.7 Wing TUDB.

Sementara itu, Lt (U) Muhd Nazmi bin Dato Paduka Haji Mohd Shaminan menamatkan kursus Elementary Flying Training dan Single Engine Rotary Wing di Royal Air Force Cranwell dan RAF Shawbury, United Kingdom.

Penamatan latihan mereka ini menandakan bermulanya kerjaya penerbangan operasi mereka di No.1 Wing. Setakat ini, tujuh orang pegawai telah menjalani latihan penerbangan tahun ini dan kini menjadi juruterbang berkelayakan.

Lt (U) Norasiah merupakan salah seorang pegawai TUDB yang menerima lencana juruterbang kelmarin.
Lt (U) Norasiah merupakan salah seorang pegawai TUDB yang menerima lencana juruterbang kelmarin.
Salah seorang penerima, Lt (U) Muhd Nazmi bergambar ramai bersama Pemerintah TUDB dan ahli keluarganya.
Salah seorang penerima, Lt (U) Muhd Nazmi bergambar ramai bersama Pemerintah TUDB dan ahli keluarganya.

ARTIKEL YANG SAMA