3 pejuang Al-Nusra terbunuh dalam satu serangan udara

3 pejuang Al-Nusra terbunuh dalam satu serangan udara

AMMAN, Jordan, 6 Julai (Agensi) – Tiga ahli pejuang Al-Nusra terbunuh dalam satu serangan udara yang dilancarkan oleh pesawat perang yang tidak diketahui berdekatan Rejimen 46, dalam kawadan bandar Al-Atareb, barat Aleppo, menurut laporan Pusat Pemerhatian Hak Asasi Syria (SOHR).

Sementara itu, pesawat perang kerajaan Syria melancarkan serangan udara ke beberapa sasaran di kawasan Al-Souq dan kawasan industri Al-Karb di Al-Atareb, mencederakan 10 orang awam, SOHR berkata dalam keterangannya.

Di Homms, sembilan orang awam terbunuh oleh serangan udara tentera di timur kawasan desa bandar tersebut, menurut keterangan tersebut menyatakan 10 militan Negara Islam (IS) juga terbunuh di timur Aleppo dalam satu serangan hendap oleh tentera kerajaan sekitar kampung Maksar Al-Hsan, di timur desa Homs.

Di bandar Hasakah, sekurang-kurangnya lima ahli tentera kerajaan, militia yang setia kepada mereka, dan 18 IS terbunuh di pertempuran ganas dalam tempoh 24 jam di kejiranan Al-Nashwa, selatan bandar tersebut.

Pertempuran lain sedang dijalankan di antara IS dan Unit Perlindungan Penduduk Kurdish (YPG), disokong oleh kumpulan perang, di bahagian timur bandar, kata SOHR, mencatatkan tiada laporan tentang mangsa setakat ini.