3 pelajar Brunei menang gangsa di Olimpiad Matematik & Sains Antarabangsa

3 pelajar Brunei menang gangsa di Olimpiad Matematik & Sains Antarabangsa

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Nov – Tiga pelajar Brunei berjaya meraih pingat gangsa dalam Olimpiad Matematik dan Sains Antarabangsa ke-13 yang berlangsung di Tangerang City, Banten, Indonesia.

Pertandingan tersebut membawakan tema ‘Smart, Skilled and Creative in a Joyful Competition for Excellence’. Kementerian Pendidikan melalui Pusat Kerjasama Sains, Teknologi dan Alam Sekitar (STEP) telah menghantar enam pelajar Tahun 6 ke pertandingan berkenaan dengan tujuan untuk meningkatkan kecekapan pelajar sekolah rendah dalam matematik dan sains seterusnya memupuk hubungan mesra antara pelajar sekolah rendah.

Ketua rombongan, Hajah Normimah binti Haji Abu Bakar berkata, penyertaan negara ke pertandingan tersebut bermula pada tahun 2004 dan setakat ini, pelajar-pelajar negara tidak menghampakan di mana beberapa pingat telah diperolehi dalam pertandingan ini. (Ikuti laporan lanjut dalam Media Permata Isnin)