3 pelanggan bertuah Rizqun terima hadiah menarik

3 pelanggan bertuah Rizqun terima hadiah menarik

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 Jun – Tiga orang pelanggan bertuah Rizqun Coffee House, semalam telah menerima hadiah menarik dalam cabutan bertuah mingguan sempena promosi Sungkai Ramadan restoran berkenaan.

Dalam cabutan tersebut, Dayang Nurul Khaizatul Aryni binti Abdul Karim telah memenangi hadiah pertama sekali gus menerima baucar penginapan selama dua hari di bilik Deluxe termasuk sarapan pagi untuk dua orang.

Manakala itu, hadiah kedua berupa baucar makan malam bufet untuk dua orang di Rizqun Coffee House telah dimenangi oleh Awang Awain dan Hajah Siti Syarah binti Haji Abdul Aziz pula menerima baucar minum petang untuk dua orang di tempat yang sama.

Cabutan dibuat oleh pelanggan-pelanggan yang berada di Coffee House selepas berbuka puasa.

Pelanggan Rizqun Coffee House diberi peluang untuk membuat cabutan bagi tiga pemenang mingguan bersempena dengan promosi Sungkai Ramadhan.
Pelanggan Rizqun Coffee House diberi peluang untuk membuat cabutan bagi tiga pemenang mingguan bersempena dengan promosi Sungkai Ramadhan.

Cabutan akan diteruskan sehingga akhir bulan Ramadan dan cabutan akhir akan dibuat oleh pihak pengurusan Hotel Antarabangsa Rizqun yang mana seorang daripada pemenang akan memenangi hadiah berupa tiket umrah untuk dua orang.

Sepanjang bulan Ramadan ini, Rizqun Coffee House menyediakan pelbagai jenis hidangan dalam bufet Ramadan Kareem yang pasti memberi kepuasan kepada pelanggannya di mana setiap pembayaran daripada bufet tersebut, para pelanggan akan secara automatik mengikuti cabutan Mingguan Rizqun Coffee House.

Rizqun juga menyediakan surau bagi pelanggannya yang menunaikan solat di Tingkat 4, Hotel Antarabangsa Rizqun.

ARTIKEL YANG SAMA