3 pelanggan bertuah SCB bawa pulang hadiah menarik

3 pelanggan bertuah SCB bawa pulang hadiah menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Ogos – Tiga pelanggan bertuah Bank Standard Chartered (SCB), semalam, masing-masing membawa pulang Apple iPhone SE, Apple iPad Mini 4, dan Apple TV apabila dipilih sebagai pemenang bulanan Promosi Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun.

Penyampaian hadiah telah diadakan di cawangan SCB Gadong dan hadiah-hadiah disampaikan oleh Ketua Produk dan Segmen Runcit, Anant Vardhan Singh.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, perwakilan bagi Chong Chin Yung yang memenangi Apple TV 4th Gen, Yong Mui Yuen yang memenangi Apple iPad Mini 4 dan Dayang Nur’aliyah binti Abdullah Chia yang memenangi Apple iPhone SE menerima hadiah-hadiah bagi pihak mereka.

Anant Singh dipetik sebagai berkata, mereka sentiasa sangat gembira kerana dapat memberi ganjaran kepada pelanggan-pelanggan yang menggunakan perkhidmatan-perkhidmatan mereka.

Pelanggan bertuah SCB yang membawa pulang pelbagai jenis hadiah daripada jenama Apple.
Pelanggan bertuah SCB yang membawa pulang pelbagai jenis hadiah daripada jenama Apple.

“Dalam promosi terbesar kami tahun ini, kami ingin menunjukkan komitmen kami untuk menawarkan promosi inovatif kepada pelanggan yang akan sesuai dengan gaya hidup mereka. Tatkala menghampiri pertengahan tempoh promosi, kami mahu pelanggan-pelanggan kami yang lain tahu bahawa masih terdapat dua lagi cabutan bulanan dan satu cabutan utama untuk memenangi hadiah,” tambahnya lagi.

Promosi berkenaan akan berjalan sehingga 15 September dan satu cabutan bulanan diadakan setiap bulan, iaitu Julai, Ogos dan September, sebelum cabutan utama.

Cabutan utama akan diadakan pada Oktober depan, di mana seorang pelanggan bertuah akan memandu pulang sebuah kereta mewah Mercedes Benz C-180 Coupe AMG.

ARTIKEL YANG SAMA