3 pelanggan GHK Motors menang promosi

3 pelanggan GHK Motors menang promosi

Oleh Pg Fairol RMF

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Sept – GHK Motors Sdn Bhd selaku pengedar tunggal kenderaan jenama Mitsubishi di Brunei, kini sedang mengadakan dua bulan promosi bagi pembeli model Mirage dan Attrage yang telah berlangsung awal Ogos lalu hingga hujung bulan ini.

Sehubungan itu, cabutan pertama bagi promosi tersebut telah diadakan semalam, di Bilik Pameran Mitsubishi, Beribi, di mana 18 pelanggan layak menyertainya.

Pada majlis itu, Pengarah GHK Motors, Jake Goh membuat cabutan bagi pemenang hadiah pertama berupa wang tunai $500 yang telah dimenangi oleh Dayang Fatimah Az-Zahra binti Haji Tassim, yang membeli Mitsubishi Attrage bulan lalu.

Para pemenang cabutan promosi menerima hadiah mereka dan bergambar ramai bersama warga GHK Motors Sdn Bhd.
Para pemenang cabutan promosi menerima hadiah mereka dan bergambar ramai bersama warga GHK Motors Sdn Bhd.

Pengurus Besar Mitsubishi, Au Thien Kiong pula membuat cabutan bagi pemenang kedua iaitu Dayang Norhashimahwati binti Haji Nayan yang memenangi wang tunai $300.

Sementara itu, Pengurus Jualan GHK Motors, Pengiran Halaluddin bin Pengiran Dato Sharrifuddin pula mencabut nama pemenang ketiga, Lavilla Dablos Palado yang membawa pulang hadiah $200.

Pelanggan yang tidak berjaya memenangi hadiah dalam cabutan pertama ini secara automatik dibawa ke cabutan seterusnya pada bulan Oktober nanti.

ARTIKEL YANG SAMA