3 pelanggan NBT menang hadiah lumayan

3 pelanggan NBT menang hadiah lumayan

BANDAR SERI BEGAWAN, 15 Julai – Tiga pelanggan bertuah NBT, kelmarin, telah menerima hadiah lumayan di kediaman masing-masing selepas terpilih dalam cabutan Promosi Servis dan Menang yang dianjurkan Bahagian Perkhidmatan Selepas Jualan NBT.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Pengurus Servis Gadong NBT, Donald Imperial dan Pegawai Perhubungan Pelanggan Pusat Servis Gadong, NBT, Dayang Wallina binti Bohari.

Hadiah utama berupa set sofa kulit Thomson dimenangi oleh Hajah Simpul binti Matyasin dengan hadiah disampaikan di kediamannya di Kampung Perpindahan Rimba, manakala Lim Jing Wen (Kampung Subok) memenangi TV Pintar Sony 50 inci dan sistem Home Theatre, dan Awang Mohd Hafiz bin Mohd Shahkuryo (Kampung Keriam Tutong) memenangi iPhone 6 Plus.

Menurut kenyataan NBT cabutan bagi promosi itu telah diadakan sehari sebelumnya di Pejabat Pusat Servis Gadong, dengan disaksikan oleh wakil perundangan dari Sheikh Noordin Mohammad & Associates.

Promosi ini adalah bagi pelanggan yang mendapatkan khidmat servis dan penyelenggaraan bagi kenderaan Toyota dan Lexus di NBT bermula 1 Jun hingga 12 Julai lalu.

Pengurus Besar (Selepas Jualan) NBT, Tadeo Gonzales berkata promosi ini adalah sebagai penghargaan dan ganjaran kepada para pelanggan mereka, terutamanya sempena musim perayaan Sambutan Hari Raya Aidilfitri.

Hajah Simpul bersama Donald Imperial dan Dayang Wallina duduk di atas sofa kulit yang dimenanginya dalam Promosi Servis dan Menang NBT.
Hajah Simpul bersama Donald Imperial dan Dayang Wallina duduk di atas sofa kulit yang dimenanginya dalam Promosi Servis dan Menang NBT.
Donald Imperial dan Dayang Wallina menyampaikan hadiah kedua berupa TV Pintar Sony 50 inci dan sistem Home Theatre kepada Lim Jing Wen.
Donald Imperial dan Dayang Wallina menyampaikan hadiah kedua berupa TV Pintar Sony 50 inci dan sistem Home Theatre kepada Lim Jing Wen.
Awang Mohd Hafiz memenangi satu unit iPhone 6 Plus.
Awang Mohd Hafiz memenangi satu unit iPhone 6 Plus.

ARTIKEL YANG SAMA