3 pelanggan RBC terima ganjaran

3 pelanggan RBC terima ganjaran

Oleh Imelda Groves HA

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 Jan – Tiga pelanggan bertuah Royal Brunei Catering (RBC) telah membawa pulang hadiah-hadiah lumayan apabila terpilih sebagai pemenang dalam cabutan bertuah Seafood Wave Festival 2015 yang berlangsung dari 3 hingga 26 Disember lalu.

Pada majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Restoran Anjung Saujana, Lapangan Terbang Antarabangsa Brunei, di sini, petang ini, Dayang Harizah binti Haji Mohd Harun memenangi satu tiket penerbangan pergi balik ke Singapura daripada RBC.

Manakala itu, Haji Mat Salleh bin Haji Ahmad menerima satu unit kamera digital Canon Powershot G16 tajaan Interhouse Company dan John Lee membawa balik baucar makan di RBC bernilai $100 daripada RBC.

Gambar ramai bersama pemenang, para penaja dan jemputan lainnya.
Gambar ramai bersama pemenang, para penaja dan jemputan lainnya.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang telah disempurnakan oleh Pemangku Pengurus Besar RBC, Pengiran Haji Abdul Rahman bin Pengiran Haji Mat Salleh dan wakil dari Interhouse Company.

Hadir sama pada majlis tersebut ialah Pengurus Perbankan Perniagaan, Bank Baiduri Berhad, Davern Lim, kakitangan dan warga pengurusan RBC, para penaja serta tetamu jemputan lainnya.

ARTIKEL YANG SAMA