3 pelanggan SCB terima ganjaran

3 pelanggan SCB terima ganjaran

BANDAR SERI BEGAWAN, 29 Ogos –Bank Standard Chartered (SCB) terus memberi ganjaran kepada pelanggannya dalam cabutan bulan kedua yang diadakan semalam bagi Promosi Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun bank tersebut di cawangannya di Gadong.

Tiga pelanggan bertuah memenangi hadiah berupa Apple iPhone SE yang dimenangi oleh Carmencita Alano, manakala iPad Mini 4 dimenangi oleh Lim Kim Cheng manakala Apple TV generasi ke-4 dimenangi oleh Hajah Maryah Ezzati Chua.

Penyampaian hadiah disempurnakan oleh Ketua Produk Runcit dan Segmen, Anant Vardhan Singh.

Promosi itu akan berlangsung sehingga 15 September 2016, dan satu cabutan bulanan akan diadakan setiap bulan pada Julai, Ogos dan September, membawa kepada cabutan utama. Cabutan bulanan akan memberi hadiah kepada pelanggan dengan hadiah-hadiah berupa produk Apple seperti Apple iPhone SE, Apple iPad Mini 4 dan Apple TV generasi ke-4. Cabutan utama akan diadakan pada Oktober, di mana pemenang cabutan akan memenangi sebuah kereta Mercedes Benz C-180 Coupe AMG.

Gambar ramai pemenang Promosi Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun SCB.
Gambar ramai pemenang Promosi Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun SCB.

Pelanggan kad kredit Standard Chartered berpeluang mengambil bahagian dalam cabutan dengan setiap $50 yang dibelanjakan ke atas kad kredit mereka ketika tempoh promosi. Pelanggan yang membeli-belah online ketika tempoh promosi akan mendapat dua peluang untuk setiap $50 yang dibelanjakan.

Selain daripada promosi Cabutan Bertuah Pertengahan Tahun, pelanggan yang tidak mempunyai kad kredit Standard Chartered, kini boleh memohon satu kad kredit dan mengambil kesempatan ke atas Promosi ‘Pohon dan Diberi Ganjaran’ oleh SCB, yang membenarkan pelanggan menikmati bayaran penepian percuma tahunan selama tiga tahun untuk permohonan kad kredit yang berjaya.

Di samping itu, pelanggan yang berjaya memohon kad kredit Visa Infinite dan Visa Platinum boleh memperoleh baucar membeli-belah bernilai $150, yang boleh ditukar di kedai-kedai terkemuka di Brunei.

ARTIKEL YANG SAMA