3 pelanggan SCB terima hadiah menarik

3 pelanggan SCB terima hadiah menarik

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 Feb – Pelanggan-pelanggan korporat bertuah Bank Standard Chartered (SCB) kelmarin telah dianugerahkan hadiah bagi perniagaan mereka ketika cabutan Urus niaga Mata wang Asing yang diadakan di Pusat Perbankan Priority Gadong.

Tiga syarikat telah secara rambang diundi secara dalaman, di mana Petrokon Utama Sdn Bhd memenangi printer Canon Maxify 4 dalam 1, Wee Mey Trading Company memenangi pakej mesyuarat seharian di Eksekutif Ballroom di Hotel Radisson, dan Kim Hoe Hardware Sdn Bhd memenangi Projektor Multimedia Canon LV-WX300.

Menurut kenyataan SCB di sini, sejak 26 Oktober hingga 31 Disember tahun lepas, SCB telah mengadakan promosi Urus niaga Mata wang Asing yang menghadiahkan pelanggan-pelanggan korporat, komersial dan perniagaan mereka.

Para pelanggan membuat pemindahan tele grafik atau pemindahan dari akaun ke akaun berhak bagi satu undian untuk setiap pemindahan $50,000. Di samping itu, para pelanggan yang membuat pemindahan-pemindahan tele grafik ketika waktu promosi juga dibebaskan dari yuran tempatan.

Ketua Perhubungan Pelanggan, Eng Siok Tin dipetik sebagai berkata, “para pelanggan korporat, komersial dan perniagaan kami adalah sebahagian daripada perniagaan kami.

Wakil salah sebuah syarikat ketika penyerahan hadiah cabutan bertuah baru-baru ini.
Wakil salah sebuah syarikat ketika penyerahan hadiah cabutan bertuah baru-baru ini.

“Kami ingin meneruskan rakan kongsi bersama para pelanggan kami untuk memastikan kami berupaya untuk menyediakan mereka dengan perkhidmatan korporat terbaik yang diperlukan untuk membantu mengembangkan perniagaan mereka.

“Dengan promosi Urus niaga Mata wang Asing kami, kami mengiktiraf para pelanggan kami untuk melakukan perbankan rentas-sempadan, dan ini adalah salah satu cara kami boleh menghadiahkan mereka bagi perbankan dengan kami.”

ARTIKEL YANG SAMA