3 pemain DPMM FC bakal beraksi

3 pemain DPMM FC bakal beraksi

Oleh Mohamad Asyramisyanie

Gambar oleh Khairil Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 Feb – Dua pemain daripada Skuad Bawah 19 tahun DPMM FC tahun lalu dan seorang pemain baru DPMM FC akan tersenarai ke dalam skuad utama kelab itu bagi berhadapan dengan Albirex Niigata (S) di Jalan Besar Singapura besok (13 Februari) dalam merebut Piala Comunity Shield 2016.

Mereka terdiri daripada Ketua Pasukan skuad Bawah 19 tahun DPMM FC iaitu Awang Muhd Azim Izamuddin bin Haji Suhaimi, penjaga Gol daripada Skuad Bawah 19 tahun DPMM FC iaitu Awang Abdul hafiz bin Abdul Rahim dan Awang Nor Ikhwan Othman.

Manakala tiga pemain pula terlepas peluang untuk beraksi kerana tidak berjaya menamatkan larian dalam masa yang ditetapkan semasa ujian kecergasan. Antaranya ialah Awang Aminuddin Zakwan bin Mohd Tahir, Awang Mohd Amalul Ariffin Shah bin Said, Awang Mohd Hendra Azam bin Mohd Idros dan ketua pasukan, Awang Rosmin bin Haji Mohd Kamis yang terpaksa berhadapan dengan penggantungan permainan daripada musim lalu.

Perkara itu antara yang ditegaskan oleh Ketua Jurulatih DPMM FC, Steve Kean ketika ditemui dalam sesi ujian kecergasan di Mini Stadium Jerudong baru-baru ini.

Suasana dalam ujian kecergasan yang diadakan baru-baru ini.
Suasana dalam ujian kecergasan yang diadakan baru-baru ini.

Beliau juga menegaskan antara keputusan yang mencabar adalah menyenaraikan penjaga gol yang kini ada empat pilihan termasuk seorang pemain baru daripada Skuad belia itu.

“Skuad utama akan ditetapkan sebelum setiba di sana nanti kerana sehingga kini kita masih membuat penilaian bagi menampilkan pilihan terbaik bagi merebut piala ini buat kali pertama” ujarnya kepada Media Permata.

Menurutnya cabaran tetap ada kerana Albirex pada musim kali ini menamakan 16 orang pemain baru dan mempunyai jurulatih yang baru dan pastinya ia bukan seperti perlawanan tahun lalu kerana imej baru pasukan itu.

“Kita mempunyai pasukan yang berpengalaman bukan sahaja sebagai individu malah daripada aspek berpasukan kerana hampir suku daripada pemain kita adalah pemain yang sedia adalah dan bermain bersama sejak dua tahun kebelakangan ini” tegasnya.

Mengulas mengenai persiapan terhadap perlawanan itu, Steve Kean menegaskan pemain import dan tempatan DPMM FC menampakkan prestasi yang baik dan menyatakan keyakinannya bahawa pemain akan mempertingkatkan pencapaian tahun lalu pada musim baru kali ini bermula dengan perlawanan Sabtu ini nanti.

“Kita masih belum tahu apa ancaman daripada pesaing kerana perubahan besar ini namun kita bersedia dalam latihan dan persiapan dan menegaskan supaya setiap pemain terutama sekali pemain baru untuk tidak gopoh dan teruja sehingga lupa sasaran utama kelab,” ujarnya lagi.

ARTIKEL YANG SAMA