3 pemain punca kejayaan JDT

3 pemain punca kejayaan JDT

JOHOR BAHARU, 29 Mei (Bernama) – Johor Darul Ta’zim’s (JDT) berjaya mengalahkan Ayeyawady United untuk melayakkan ke suku Akhir AFC Cup disebabkan tiga pemain utamanya.

Ketua Jurulatih, Mario Gomez menyatakan Jorge Rolando Pereyra Diaz yang pulang ke JDT minggu lalu, menghasilkan banyak peluang jaringan kepada rakan sepasukannya dengan hantaran tepatnya. Luciano Gabriel Figueroa, seorang lagi pemain import dari Argentina, telah menyesuaikan diri dengan taktik dan corak permainan pasukan JDT lebih-lebih lagi apabila digandingkan dengan Diaz.

“Safiq Rahim juga tidak kurang pentingnya yang berada di belakang penyerang dan membawa pasukannya ke hadapan bila dia menerima bola di kakinya.

“Saya memberitahu kepada para pemain supaya bersabar apabila tidak menerima bola. Apabila kami menerima bola, kami pergi ke depan dan menyerang bersama,” jelas Mario Gomez selepas perlawanan tersebut.

Gomez yang merupakan bekas pembantu jurulatih pasukan Valencia dan Inter Milan, menyatakan bahawa keserasian pemain dapat ditunjukkan apabila JDT berada di depan setelah dua minit perlawanan.

JDT tidak lagi memandang ke belakang setelah berjaya menghasilkan jaringan pada minit ke-42, 60, 73 dan 90 perlawanan bagi menyingkirkan kelab dari Myanmar tersebut.

“Saya berasa gembira dan akan meneruskan di kejohanan AFC Cup selagi mapu kerana ia merupakan kejohanan yang berprestij,” kata Gomez. Sementara itu, Jurulatih Ayewady United Marjan Sekulovski tidak berasa hampa dan akur dengan kekalahan tersebut kerana nyata JDT merupakan pasukan yang lebih baik.

ARTIKEL YANG SAMA