3 pemain terbaik bersaing di Memorial

3 pemain terbaik bersaing di Memorial

DUBLIN, Ohio, 2 Jun – Jason Day mengukuhkan cengkamannya di kedudukan nombor 1 dunia kali terakhir dia beraksi, kejayaan berturut-turut dalam The Players Championship menentang pemain terbaik dalam sukan golf bagi memenangi gelaran besar ketujuhnya dalam tempoh 10 bulan. Ia adalah tiga minggu lalu. Dan dalam beberapa keadaan, ia seperti masa yang lama.

Minggu berikutnya, Rory McIlroy pulang ke Ireland dan menghasilkan dua pukulan sempurna dengan fairway ke atas tiga lubang terakhir di The K Club untuk memenangi Terbuka Ireland bagi kemenangan pertamanya tahun ini.

Tidak dilupakan, Joprdan Spieth memenangi pertandingan pada minggu berikutnya di Colonia dengan menyudahkan birdie tidak satu pun darinya mudah bagi kemenangan yang diperlukannya untuk membantu mengurangkan kekecewaan dari pertandingan Masters.

“Saya melanjutkan pendahuluan saya seketika,” kata Day. “Dan sekarang Jordan dan Rory semakin hampir.” Tiga pemain terbaik, Day, Spieth dan McIlroy, keadaan sama sejak kali pertama Day kembali ke kedudukan no.1 pada 27 Mac lalu apabila memenangi Dell Match Play di Texas. Dan pemain dari Australia itu sekarang tinggal di Ohio, begitu pasti untuk terus berada di kedudukan teratas tidak mengira apa yang berlaku minggu ini. Spieth pula memberikan pandangan yang berbeza.

“Jason mungkin mengatakan kami merapatkan jurang. Namun, dia tidak beraksi,” kata Spieth dengan senyuman. “Kali terakhir dia beraksi, dia menewaskan pemain terbaik dalam golf.”

Satu perkara yang pasti: Tiga pemain terbaik dunia berada dalam permainan terbaik mereka untuk berada dalam Memorial, dengan Terbuka AS hanya tinggal dua minggu saja lagi.

Kedudukan itu meningkat bagi satu lagi persaingan, hanya seperti di Masters. Tetapi ia tidak pernah direalisasikan. Spieth adalah satu-satunya pemain dari tiga pemain terbaik yang mencabar bagi jaket hijau sehingga dia terjejas dengan sembilan dan Danny Willett merapatkan dengan 67 untuk memenangi dengan tiga. Sama ada Day mahu pun McIlroy melepasi 70 sepanjang minggu dan terikat di kedudukan ke-10. – AP

 

ARTIKEL YANG SAMA