3 pemberontak komunis maut

3 pemberontak komunis maut

MANILA, 15 Jun (dpa) – Tiga orang yang disyaki pemberontak komunis dibunuh kelmarin dalam kejadian pertempuran bersama tentera kerajaan di selatan Filipina, panglima battalion tentera memberitahu.

Pasukan gerila menyerang tentera kerajaan di bandar Davao, kira-kira 950 kilometer selatan Manila, menurut Leftenan Kolonel Rodney Intal.

Intal berkata pasukannya mendapati satu senapang M14, dua bom yang belum meletup dan beberapa beg sikut ditinggalkan oleh pemberontak yang lari.

“Tiada kematian dari pihak kerajaan,” katanya.

Pemberontak komunis telah memerangi pihak kerajaan sejak lewat 1960-an, menjadikan gerakan gerila itu pemberontakan berhaluan kiri yang paling lama di rantau tersebut.

ARTIKEL YANG SAMA