3 Pemenang cabutan bertuah SMS Carabao

3 Pemenang cabutan bertuah SMS Carabao

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Feb – Tiga pelanggan bertuah memenangi hadiah-hadiah menarik apabila dipilih sebagai pemenang tiga teratas dalam cabutan kedua Cabutan Bertuah SMS Carabao Energy Drink Power.

Dalam majlis penyampaian hadiah yang berlangsung di Pejabat Carabao, Chop Kian Chuang di Tapak Perindustrian Kampung Salar, hari ini, Awang Mohammad Amir Asnawi bin Haji Ahmad Daud membawa pulang hadiah pertama berupa Apple iPhone 6s 16GB, Basheer Ahamed Abdul Munaf memenangi Apple iPad 2 16GB selaku pemenang kedua dan Awang Mohammad Azrin bin Zainal selaku pemenang ketiga menerima Power Bank 10,000mAH.

Sementara itu, lima pelanggan lain yang dipilih ke pusingan cabutan berkenaan tidak pulang dengan tangan kosong apabila menerima hadiah sagu hati berupa pek hadiah minuman tenaga Carabao (24x250ml).

Menurut kenyataan yang dikeluarkan, orang ramai kini masih berpeluang untuk menyertai cabutan ketiga dan terakhir dengan peluang untuk memenangi Apple iPhone 6s 16GB, Apple iPad Air 2 16GB, Power Bank 10,000mAH dan minuman tenaga Carabao sebagai hadiah sagu hati.

Untuk menyertai cabutan, hanya perlu membeli satu pek minuman tenaga Carabao (6x250ml) di mana-mana kedai yang ikut serta di seluruh negara, kemudian hantarkan nama, nombor kad pengenalan dan nombor resit ke talian 823 2555. Resit perlu disimpan sebagai bukti pembelian.

Pemenang hadiah pertama,  Awang Muhammad Amir Asnawi bersama  Pengurus AM Chop Kian Chuang.
Pemenang hadiah pertama, Awang Muhammad Amir Asnawi bersama Pengurus AM Chop Kian Chuang.

ARTIKEL YANG SAMA