3 pemenang kempen ‘Swipe to Fly’ terima hadiah

3 pemenang kempen ‘Swipe to Fly’ terima hadiah

BANDAR SERI BEGAWAN, 18 Dis –Tiga pelanggan Bank Islam Brunei Darussalam (BIBD), hari ini, membawa pulang tiket penerbangan pergi balik ke Kota Kinabalu sebagai pemenang bulanan pertama dalam kempen ‘Swipe to Fly’.

Penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Ketua Cawangan BIBD, Pengiran Suhardy bin Pengiran Haji Nordin dalam majlis yang berlangsung di Hotel Radisson, di ibu negara.

Menurut kenyataan BIBD, sepanjang tempoh promosi yang akan berakhir pada 29 Februari 2016, setiap transaksi yang dibuat menerusi mana-mana kad BIBD akan melayakkan pemegang kad satu penyertaan dalam kempen berkenaan.

Sebagai bonus tambahan, mana-mana transaksi melebihi $50 menggunakan kad-kad yang sama akan melayakkan pemegang kad berkenaan tiga penyertaan tambahan.

Promosi selama empat bulan ini juga menawarkan tiket penerbangan ke Jakarta, Bali dan Bangkok.

Pengiran Suhardy menyampaikan hadiah kepada pemenang.
Pengiran Suhardy menyampaikan hadiah kepada pemenang.

pg09_151119_b

Menurut kenyataan itu lagi, BIBD pada masa ini juga mengadakan promosi BIBD Card Privileges yang membolehkan pemegang kad, termasuk BIBD Virtual Mastercard, untuk mendapatkan diskaun sehingga 7 peratus apabila menempah tempat penginapan dengan menerusi Agoda.

Promosi ini akan sah sehingga 31 Disember dan boleh didapati menerusi laman sesawang www.agoda.com/bibd.

Bagi maklumat lanjut mengenai mana-mana produk, perkhidmatan dan promosi BIBD, orang ramai boleh mengikuti akaun Instagram (BIBDBRUNEI) dan Facebook BIBD (www.facebook.com/bibdbrunei), atau menghubungi Pusat Panggilan BIBD di talian 2238181, atau mengunjungi cawangan BIBD yang terdekat.

Selain itu, orang ramai juga boleh memuat turun aplikasi BIBD Mobile untuk mendapatkan tawaran dan promosi terkini di bawah ciri-ciri “What’s New”.

ARTIKEL YANG SAMA