3 pengawal terbunuh, 4 terlepas dari penjara

3 pengawal terbunuh, 4 terlepas dari penjara

BISHKEK, 12 Okt – Empat banduan Islam menyelinap keluar dari sebuah penjara di Kyrgyzstan pada malam Ahad, membunuh tiga pengawal, kerajaan negeri Asia Tengah berkata hari ini.

Dua daripada pelarian menjalani hukuman seumur hidup atas tuduhan pelampau agama dan keganasan, manakala dua lagi telah didakwa atas kesalahan yang sama, kata pihak berkuasa penjara.

Lima banduan lain melarikan diri bersama mereka, tetapi kemudiannya ditangkap, kata pihak berkuasa. Ia berkata tiga daripada empat lelaki yang masih bebas adalah ahli-ahli Jaish al-Mahdi, sebuah kumpulan yang dituduh Kyrgyzstan telah melakukan beberapa serangan bom dan merancang untuk melakukan rampasan kuasa. – Reuters

ARTIKEL YANG SAMA