3 pensyarah Indonesia pantau program praktikal mengajar

3 pensyarah Indonesia pantau program praktikal mengajar

Oleh Imelda Groves HA

BANDAR SERI BEGAWAN, 3 Jun – Tiga pensyarah Fakultas Tarbi-yah dan Keguruan Universitas Islam Negeri Alauddin, Makassar Indonesia diketuai oleh dekan fakulti berkenaan Dr. H. Muhammad Amri berkunjung ke negara ini untuk memantau tiga mahasiswi Tahun 3 Ijazah Sarjana Muda Perguruan Ugama dari Kolej Universiti Perguruan Ugama Seri Begawan yang sedang menjalani Program Praktikal Mengajar di tiga buah sekolah yang berasingan.

Lawatan tersebut adalah kesinambungan daripada pengajian mereka selama dua semester di Universitas Islam Negeri Alauddin.

Tiga mahasiswi tersebut ialah Dayang Nor’ain binti Abdul Rahim yang menjalani latihan praktikal mengajar di Sekolah Menengah Menglait Gadong; Dayang Nurul Majeedah binti Haji Rosli di Sekolah Menengah Sayyidina Hassan dan Dayang Nurul Azimah @ Siti Nuriah binti Yahya di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar Lambak Kanan.

Pensyarah dari Makassar Indonesia bergambar ramai bersama mahasiswi yang terlibat.
Pensyarah dari Makassar Indonesia bergambar ramai bersama mahasiswi yang terlibat.

Kedatangan rombongan dari Makassar ke Sekolah Menengah Menglait, telah disambut oleh Pengetua sekolah berkenaan, Awang Mohidin bin Haji Nordin yang kemudiannya memberikan taklimat ringkas mengenai biodata sekolah dan diikuti dengan lawatan ke Blok Kasih yang menempatkan pelajar-pelajar yang berkeperluan khas.

Sementara berada di Sekolah Menengah Sayyidina Hassan pula, rombongan disambut oleh Timbalan Pengetua sekolah berkenaan, Dayang Haryani binti Haji Mohammad yang kemudiannya membawa rombongan melawat kebun herbal, kelas pra-vok dan diberikan taklimat pendek.

Di Sekolah Menengah Sayyidina Abu Bakar pula, kedatangan para rombongan telah disambut oleh Pengetua sekolah berkenaan, Sia Ai Chin diikuti dengan penyeliaan bagi pengajaran mahasiswi Dayang Nurul Azimah @ Siti Nuriah binti Yahya.

ARTIKEL YANG SAMA